Friday 14 December 2012

Penggunaan grafik dalam produk multimedia

 Di dalam produk multimedia, grafik digunakan sebagai:
  •  Penyampaian maklumat (deliver information)
  •  Latarbelakang bagi sesuatu aplikasi
  • Alat kawalan dalam aplikasi (navigation)
  • Berikut merupakan sebahagian garis panduan serta perkara yang perlu diberi perhatian semasa menggunakan grafik di dalam membangunkan produk multimedia.
  • Pilih format/kategori grafik yang sesuai dengan kehendak kerja





  • Pilih perisian grafik yang betul





  • Pilih kedalaman warna yang minimum serta bertepatan dengan kehendak aplikasi

         ⇒ Guna kedalaman warna imej yang berpadanan bagi     
              memastikan sistem komputer mampu memaparkan setiap  
              imej yang dibina dengan cepat dan tepat kepada pengguna   
              (end user). 

  •  Tetapkan sistem penghantaran (Delivery System) dengan betul

          ⇒Masalah yang dihadapi sekiranya sesuatu imej dihasilkan

              menggunakan warna yang maksimum (Cth:16 juta warna ). 
              Imej tidak mampu dipaparkan dengan tepat pada komputer  
              yang piawaian warna dan resolusi rendah (Cth:16 warna  
              dan resolusi 640x480).
              Oleh itu, grafik(imej) yang hendak digunakan mestilah  
              sesuai dan boleh digunakan pada komputer(sistem 
               penghantaran) yang berkeupayaan rendah.



  • Gunakan imej jenis bitmap bagi kualiti dan kemudahan perpindahan. 

          ⇒Imej bitmap mudah dipindah menerusi medium storan    
             dan talian telekomunikasi dengan mudah tanpa merosakkan
              kualiti imej.
          ⇒Ia juga mudah untuk ditukar format dari satu format ke
              format yang lain dengan menggunakan perisian grafik.
              Kebanyakan perisian bahasa gubahan(authoring program)
              boleh menerima format bitmap


  • Gunakan imej vektor yang boleh diterima oleh perisian bahasa gubahan

        ⇒Tidak semua perisian bahasa gubahan boleh menerima
            format-format fail jenis vektor.
        ⇒Imej jenis vektor yang diterima secara meluas sebagai  
            piawai. (standard imej vektor) ialah imej berformatkan
            Computer Graphics Metafile (CGM) dan Windows Metafile  
             Format(WMF).




0 comments:

Post a Comment