Monday 17 December 2012

Bahagian Grafik



   1. Grafik rekabentuk (graphics design)
   2.Grafik ilustrasi (graphics ilustration)
   3.Grafik pengiklanan.(graphics advertising)

A) Grafik rekabentuk 

  • Grafik rekabentuk ialah proses kreativiti yang menggunakan lukisan dan teknologi untuk menyampaikan idea-idea.
  • Tujuannya adalah untuk menyampaikan mesej, dan kini merupakan satucabaran kepada perekabentuk grafik kerana mereka perlu memindahkan hasil kerja ke dalam rekabentuk komunikasi maya untuk menyampaikan mesej dan sekaligus untuk meyakinkan pengguna.
  • Perekabentuk grafik yang mahir adalah mereka yang menggabungkan penilaian astetik, pengeluaran teknologi dan kemahiran pengurusan projek untuk membangunkan  
    strategi komunikasi yang berkesan.

B) Grafik ilustrasi

  • Grafik ilustrasi ialah teknik penghasilan grafik bagi menghasilkan rupa paras objek atau lukisan berbantukan teknologi komputer sepertimenggunakan Adobe Photoshop, Paint Shop, Freehand atau Illustrator.
  • Ilustrasi yang berkesan adalah dapat mencapai tujuan pengiklanandengan lebih efektif dalam masa yang singkat.
  • Ilustrasi yang efektif juga dapat menjelaskan gambaran isi kandunganyang panjang justeru dapat menjimatkan masa dan tenaga


C) Grafik pengiklanan

  • Pengiklanan meliputi segala bentuk mesej mengenai barangan dan perkhidmatan yang lahir daripada punca-punca yang berlainan.
  • Kebanyakan pengiklanan disalurkan melalui saluran media seperti,televisyen, laman web, poster, majalah, papan bulletin dan pelbagaimedia lagi.
  • Pengiklanan merupakan seni yang kompleks kerana melibatkan bidangsains dan teknologi, ilmu perniagaan, pengetahuan sosial dan budayadan kemahiran dalam bidang seni reka.
  • Grafik pengiklanan adalah kombinasi teks, warna, audio, video, sudut,garisan dan tekstur.
  • Tujuan pengiklanan adalah untuk mencari peminat sesuatu produk atau perkhidmatan.
  • Untuk menarik minat seseorang itu, iklan perlu bersifat cantik supaya iamempunyai daya tarikan.
  • Selain daripada itu, sifat iklan untuk menyampaikan maklumat tidak  boleh diketepikan

  • Grafik pengiklanan adalah teknik-teknik dan proses untuk mewujudkannilai-nilai kecantikan yang memberi daya tarikan sesuatu produk.
  • Penggabungan grafik, animasi dan produk memerlukan suatu dayakretaiviti untuk membolehkan mesej disampaikan dengan mudahkepada kumpulan sasaran.



Perisian Grafik



Terdapat beberapa  perisian  grafik iaitu :

1) Paint ProgramMembenarkan penciptaan imej bebas, imej di simpan  dalam bentuk bitmap dan    
    mudah untuk di edit.

2) Program Ilustrasi / Rekabentuk Paint program yang lebih baik dengan ciri-ciri tambahan 
    diwujudkan. Imej  dismpan dalam bentuk vektor.


3) Perisian Grafik PersembahanMembenarkan penciptaan carta bar,  carta pai  dan imej untuk 
     tujuan persembahan.


4) Perisian AnimasiMembenarkan proses penyusunan imej secara bersiri untuk menunjukan 
     pergerakan.


5) Perisian CAD keperluan kepada arkitek dan jurutera untuk mereka bentuk bangunan 
    dan  sebagainya.


 6) Penerbitan Atas MejaMenyediakan ciri-ciri pemprosesan perkataan yang lengkap dengan
     kemudahanteks serta grafik untuk penghasilan dokumen, kulit  buku, pengiklanan 
    dan sebagainya



AKTIVITI TERBARU

AKTIVITI 3

PELAJAR PERLU MEMBUAT AKTIVITI INI DAN PERLU DIHANTAR KEPADA GURU.HANYA JAWAPAN SAHAJA YANG DIPERLUKAN

1) Apakah maksud ikon atau simbol di bawah 




2. Mencirikan bentuk grafik
   NYATAKAN BENTUK-BENTUK GRAFIK DIBAWAH.


ELEMEN REKAAN DAN KOMPOSISI DALAM REKAAN GRAFIK


ELEMEN REKAAN

1-GARISAN


2-RUPA
  

  • negatif positif                           

  • geometri                             
  • organik                                                                                       

3-BENTUK


  •   Olahan garisan tekstur& warna

4-RUANG


  • Berperanan menimbulkan keselesaan dan harmoni


  • menimbulkan perspekif


5-JALINAN [TEKSTUR]


6-WARNA

a] warna pigment

   

  •  warna asas  -kuning, biru, merah


  •  warna skunder -ungu, oren ,hijau 

  • warna tertier  -kuning kejinggaan , kuning kehijaun , 

  • hijau kebiruan , ungu kebiruan , ungu kemerahan

b]warna RGB


  • warna ini diguna utk paparan skrin
  • ada 3 - merah [red] ,hijau [green], biru [blue]


c]warna CYMK



  • Digunakan utk pecetakkan


  • ada 4 - magenta[merah bata] , cyan[biru cair] , kuning ,  
               hitam,  warna HSL


 KOMPOSISI DALAM REKAAN GRAFIK

1  Merupakan susunan / satu organisasi elemen rekaan seni 
    
    spt garisan ,warna dgn mengambil kira aspek prinsip 

    rekaan bagi hasilkan karya yg menarik melalui kaedah ini 

    karya lebih menarik akan tetapi dlm menghasil sesuatu 

    karya tak semua elemen dan prinsip rekaan diguna


2 Langkah2 buat komposisi : tentukan rupa ,saiz ,dan 
    
   imbangan


3 prinsip komposisi:


  •   perlu ada satu titik tumpuan [focus point]
  

  •   Elakkan buat focus point di tengah2 : alihkan sedikit di 
       tepi


  •   Elakan buat penumpuan di penjuru


  •   Jgn letak objek secara brtentangan hinga ada ruang di 
       tengah - tengah


KOMUNIKASI VISUAL


1 SUBJECT MATTER
  

  •  merupakan hal benda atu idea keseluruhan yg  
      digunakan dlm penghasilan sesuatu karya


2 NILAI ESTETIKA


3 BATASAN IDEA


  • Tidak semestinya semua elemen & prinsip rekaan diguna

     dlm karya

Friday 14 December 2012

Grafik Design

Penggunaan grafik dalam produk multimedia

 Di dalam produk multimedia, grafik digunakan sebagai:
  •  Penyampaian maklumat (deliver information)
  •  Latarbelakang bagi sesuatu aplikasi
  • Alat kawalan dalam aplikasi (navigation)
  • Berikut merupakan sebahagian garis panduan serta perkara yang perlu diberi perhatian semasa menggunakan grafik di dalam membangunkan produk multimedia.
  • Pilih format/kategori grafik yang sesuai dengan kehendak kerja





  • Pilih perisian grafik yang betul





  • Pilih kedalaman warna yang minimum serta bertepatan dengan kehendak aplikasi

         ⇒ Guna kedalaman warna imej yang berpadanan bagi     
              memastikan sistem komputer mampu memaparkan setiap  
              imej yang dibina dengan cepat dan tepat kepada pengguna   
              (end user). 

  •  Tetapkan sistem penghantaran (Delivery System) dengan betul

          ⇒Masalah yang dihadapi sekiranya sesuatu imej dihasilkan

              menggunakan warna yang maksimum (Cth:16 juta warna ). 
              Imej tidak mampu dipaparkan dengan tepat pada komputer  
              yang piawaian warna dan resolusi rendah (Cth:16 warna  
              dan resolusi 640x480).
              Oleh itu, grafik(imej) yang hendak digunakan mestilah  
              sesuai dan boleh digunakan pada komputer(sistem 
               penghantaran) yang berkeupayaan rendah.



  • Gunakan imej jenis bitmap bagi kualiti dan kemudahan perpindahan. 

          ⇒Imej bitmap mudah dipindah menerusi medium storan    
             dan talian telekomunikasi dengan mudah tanpa merosakkan
              kualiti imej.
          ⇒Ia juga mudah untuk ditukar format dari satu format ke
              format yang lain dengan menggunakan perisian grafik.
              Kebanyakan perisian bahasa gubahan(authoring program)
              boleh menerima format bitmap


  • Gunakan imej vektor yang boleh diterima oleh perisian bahasa gubahan

        ⇒Tidak semua perisian bahasa gubahan boleh menerima
            format-format fail jenis vektor.
        ⇒Imej jenis vektor yang diterima secara meluas sebagai  
            piawai. (standard imej vektor) ialah imej berformatkan
            Computer Graphics Metafile (CGM) dan Windows Metafile  
             Format(WMF).




Bagaimana Grafik dicipta dan diedit



 Grafik dihasilkan menggunakan alatan seperti:

  1.    Perisian pait and drawing


  • Aplikasi melukis dan mewarna penting dalam  membangunkan   produk multimedia.



  • Kebanyakkan tools yang digunakan dalam pembangunan grafik tebahagi:


Sunday 2 December 2012

PERANAN WARNA DAN TEKSTUR


4 Fungsi Warna:


  1. Membuat penegasan dan mewujudkantumpuan.
  2. Memudahkan sesuatu item dilihat.
  3. Mewujudkan perasaan harmoni.
  4. Melahirkan kesan tertentu

















Warna sebagai tanda/makna/lambang/ simbol  menjurus pada makna dan konsep warna  tersebut. Dalam warna dan budaya masyarakat  Melayu banyak tanda-tanda warna antara  kuning langsat, kelabu tahi anjing dan  sebagainya. warna juga dikaitkan dengan  makna atau simbol tertentu misalnya:


  • warna merah: marah, ghairah, darah, berani, 


                              cinta yang membara




  • warna Putih: suci, tidak berdosa, setia, alim





  • warna Kuning: kecewa, pengecut, sakit hati, 


                               duka, mistri




  • warna Biru: keceahan, perpaduan,   

                          keagungan,    keriangan





  • warna Hijau: kesuburan, kedamaian, 


                            kerukunan, cemburu, sejuk




  • warna Hitam: Kematian, kecewa, kegelapan 


                             dan lain-lain





  
WARNA


Beberapa istilah yang perlu diketahui dalam 

teori warna diantaranya;


Warna Primer : yakni warna dasar atau warna pokok yang tidak dapat diperoleh dari campuran  warna lain. Warna primer terdiri dari merah, kuning, dan biru.

Warna Sekunder:  yaitu warna yang diperoleh dari campuran kedua warna primer, misalnya warna ungu, oranye (jingga) , dan hijau,

Warna Tersier: yakni warna yang merupakan hasil percampuran kedua warna sekunder. 

Warna analogus : yaitu deretan warna yang letaknya berdampingan dalam lingkaran warna, misalnya deretan dari warna ungu menuju warna merah, deretan warna hijau menuju warna kuning, dan lain-lain,

Warna komplementer:  yakni warna kontras yang letaknya berseberangan dalam lingkaran warna, misalnya, kuning dengan ungu, merah dengan hijau, dan lain-lain.






TEKSTUR


  • Tekstur adalah unsur senirupa yang  memberikan watak/karakter pada   permukaan bidang yang dapat dilihat dan   diraba.  Tekstur yang dapat dilihat atau diraba pada  permukaan bidang dibedakan antara tekstur  alamiah dan tekstur buatan. Tekstur alamiah ialah watak bidang yang tercipta oleh alam, seperti urat kayu atau batu.





  • Tekstur buatan atau tiruan ialah watak  bidang yang dibuat (disebut juga tekstur  simulasi), membuat watak kayu pada bidang  memberi kesan tekstur dengan cara tehnik  gambar tertentu.




Fungsi tekstur :  untuk memberikan watak tertentu pada bidang permukaan yang dapat menimbulkan nilai estetik. Misalnya tekstur dari urat-urat kayu ditonjolkan pada permukaan bidang patung sesuai dengan bentuk patung.


ELEMEN TEKSTUR




ELEMEN RUANG




ELEMEN WARNA








ELEMEN BENTUK


CONTOH BENTUK


ELEMEN RUPA













ELEMEN GARISAN



CONTOH



ELEMEN REKAAN




KELEBIHAN DAN KELEMAHAN

KELEBIHAN IMEJ BITMAP DAN IMEJ VEKTOR

Kelebihan Menggunakan Imej Bitmap

  • Sesuai digunakan sekiranya tahap imej yang mendalam (detail) serta imej sepeti mana di dalam kehidupan yag sebenar diperlukan.

  •  Bitmap mampu menyimpan sejumlah besar maklumat mengenai imej tersebut dan ini membolehkan ianya diubahsuai dengan tahap pengubahsuaian yang tinggi dan mendalam sehinggalah anda boleh mengubah warna setiap piksel yang ada pada imej tersebut.



Kelebihan Imej Vektor

  • Imej vektor sesuai bagi melakukan pemanipulasian imej yang mana ianya boleh diubah suai saiznya di dalam pelbagai sudut dan arah tanpa mengubah kualiti imej tersebut.

  •  Kelebihan imej vektor adalah kurangnya jumlah data untuk memaparkan imej dan tidak memerlukan ingatan yang banyak untuk disimpan memandangkan data bagi imej tersebut hanya mengandungi beberapa set arahan berdasarkan kepada lukisan yang dikehendaki .

  • Semua arahan komputer ini dokodkan dalam satu set arahan yang kecil. Ini membolehkan sebuah imej yang komplek disimpan sebagai satu fail yang hanya memerlukan beberapa ratus kilobyte sahaja.

  • Walaubagaimanapun , imej bitmap menyediakan jumlah pixel yang sesuai untuk ketinggian , kedalaman dan kesesuaian warna , manakala imej vektor pula ia bergantung kepada arahan lukisan yang sedikit .




Kelemahan Imej Bitmap


  •  Ia bergantung kepada resolusi dan biasa membentuk saiz fail yang besar.

  •  Menukar saiz atau skala sesebuah imej bitmap sebenarnya hanyalah merupakan proses memaparkan piksel imej yang semakin dibesarkan atau dikecilkan.

  • Ini akan mewujudkan masalah dalam menangani kualiti sesebuah imej memandangkan sesebuah perisian grafik perlu menambah atau membuang piksel yang tertentu bagi memenuhi keperluan saiz imej yang dikehendaki.

  • Imej yang terhasil dari proses pengecilan/pembesaran saiz ini biasanya kabur, bergerigi dan tidak menarik. Apbila imej bitmap dibesarkan, piksel imej tersebut akan turut membesar dan seterusnya mengubah maklumat bagi setiap piksel yang ada.





Kelemahan Imej Vektor


  •  Kelemahan imej vektor pula adalah imej yang dipaparkan adalah dalam lingkungan aras yang terhad . Imej vektor yang ringkas tidak dibiarkan bersendirian seperti gambar foto melainkan imej raster disimpan sebagai komponenn objek yang merupakan bahagian daripada imej vektor.



  •  Imej vektor dihasilkan sepenuhnya oleh komputer. Oleh itu, ia kurang realistik dan tidak memenuhi ciri-ciri objek yang sebenar di dalam kehidupan yang sebenar.



  • Semakin kompleks imej vektor yang dilukis semakin besar saiz failnya, ini menyebabkan proses pemaparan imej pada skrin semakin lambat.



Saturday 1 December 2012

Imej Vektor dan Metafile




  • Grafik vektor dikenali juga sebagai grafik berstruktur (structured graphics) atau grafik berorientasikan objek (object oriented graphics).

  • Imej vektor adalah asas kepada elemen lukisan atau objek seperti garis , bulatan , segi empat dan pelbagai imej lagi .

  •  Objeknya terbentuk daripada suatu siri arahan yang mengarahkan cara bagaimana objek tersebut akan dilukis.

  • Objek seperti garisan, lengkungan, bulatan dan sebagainya dilukis dan diwakili dalam bentuk geometrik (formula matematik). Apabila sesuatu garisan dibina, suatu set arahan akan dibentuk bagi menerangkan saiz, kedudukan dan bentuk imej tersebut.

  • Biasanya imej vektor disimpan melalui arahan sesiri yang mewakili objek tunggal. Sebagai contohnya :


  1. Garis : Garis x1 , y1 , x2,y2 ,warna
  2. Segi Empat : Pandangan atas , tepi , tinggi , lebar , warna
  3. Bulatan : Jejari , Warna , ketinggian.


  • Objek grafik tidak bergantung kepada resolusi (resolution independent). Pengguna tidak perlu risau untuk menentukan resolusi imej yag dicipta. Ia akan dijana pada resolusi tertinggi yang boleh hasilkan oleh peranti output (seperti monitor, pencetak, perakam filem).

  • Perisian pengeditan imej vektor dikenali sebagai aturcara melukis (drawing program). Contohnya Macromedia Freehand, Adobe Illustrator, Fractal Design Expression dan sebagainya.

Contoh imej vektor :




Format File Imej Raster dan Grafik Bitmap




Jenis-jenis Grafik

 Jenis Grafik  terbahagi kepada dua:

  1. Imej Raster atau grafik Bitmap
  2. Imej Vektor atau grafik Metafile.  

1. Imej Raster dan Grafik Bitmap
  •  Imej yang biasa disimpan secara komprehensif di dalam komputer adalah berbentuk imej raster atau bitmap . Ia digunakan sebagai medan pertukaran imej yang dirujuk untuk menghasilkan imej 2 dimensi di dalam paparan komputer.

  •  Bergantung kepada perkakasan dan keupayaan, ia dapat memaparkan daripada 2 kepada lebih jutaan warna. Imej dapat dihasilkan dengan keadaan yang sebenar iaitu gambar asli.

  •  Imej grafik bitmap terbentuk daripada satu kumpulan piksel-piksel.

  •  Setiap piksel mempunyai satu set bit-bit yang menyatakan warna dan keamatannya (intensity)

  •  Fail imej bitmap mempunyai saiz yang besar. Dua faktor yang memberi kesan kepada saiz sesebuah imej ialah :
  1.  Resolusi (Resolution)
  • Bilangan piksel yang terdapat pada imej 
  • Fail imej bitmap sangat bergantung kepada resolusi. Setiap kali fail imej dicipta, resolusi imej perlu dinyatakan.
  • Resolusi imej yang tinggi akan menghasilkan imej yang lebih tajam dan licin, berbanding dengan resolusi imej yang rendah.
  • Semakin tinggi resolusi imej tersebut, semakin besar saiz failnya.

  2. Kedalaman (depth)


Merujuk kepada penyataan warna dan keterangan (brightness) bagi setiap piksel individu. Setiap piksel mengandungi 2 atau lebih warna. Kedalaman warna dapat digambarkan melalui berapa banyak data dalam bits yang menghasilkan warna.

Contohnya:


  • 1 bit  menghasilkan 2 warna. (hitam atau putih)
  • 2 bit  menghasilkan 4 warna
  • 4 bit  menghasilkan 16 warna
  • 8 bit (1 byte) menghasilkan 256 warna
  • 16 bit (2 byte) menghasilkan 65,536 warna
  • 24 bit (3 byte) menghasilkan 16,777,216 warna

Semakin besar kedalaman setiap piksel, akan menghasilkan saiz fail imej bertambah besar.



Terdapat 3 kaedah bagi menghasilkan imej jenis bitmap:

  •  Dihasilkan dari awal dengan menggunakan Program Lukisan berasaskan komputer(Paint Program).
  •  Menggunakan Screen Capture
  •  Scanner, kamera digital atau video capture
  • Perisian pengedit bitmap (bitmap editor) sering dipanggil Aturcara mengecat (paint program). Antara perisian grafik yang popular digunakan bagi mengubah atau meminda imej jenis bitmap ialah Adobe Photoshop, Macromedia X-Res, Corel Draw, Corel Photo-Paint, Fractal Design Painter dan aturcara Paint.
contoh imej Raster



GRAFIK

Tuesday 9 October 2012

GRAFIK