Saturday 1 December 2012

Imej Vektor dan Metafile




  • Grafik vektor dikenali juga sebagai grafik berstruktur (structured graphics) atau grafik berorientasikan objek (object oriented graphics).

  • Imej vektor adalah asas kepada elemen lukisan atau objek seperti garis , bulatan , segi empat dan pelbagai imej lagi .

  •  Objeknya terbentuk daripada suatu siri arahan yang mengarahkan cara bagaimana objek tersebut akan dilukis.

  • Objek seperti garisan, lengkungan, bulatan dan sebagainya dilukis dan diwakili dalam bentuk geometrik (formula matematik). Apabila sesuatu garisan dibina, suatu set arahan akan dibentuk bagi menerangkan saiz, kedudukan dan bentuk imej tersebut.

  • Biasanya imej vektor disimpan melalui arahan sesiri yang mewakili objek tunggal. Sebagai contohnya :


  1. Garis : Garis x1 , y1 , x2,y2 ,warna
  2. Segi Empat : Pandangan atas , tepi , tinggi , lebar , warna
  3. Bulatan : Jejari , Warna , ketinggian.


  • Objek grafik tidak bergantung kepada resolusi (resolution independent). Pengguna tidak perlu risau untuk menentukan resolusi imej yag dicipta. Ia akan dijana pada resolusi tertinggi yang boleh hasilkan oleh peranti output (seperti monitor, pencetak, perakam filem).

  • Perisian pengeditan imej vektor dikenali sebagai aturcara melukis (drawing program). Contohnya Macromedia Freehand, Adobe Illustrator, Fractal Design Expression dan sebagainya.

Contoh imej vektor :




Format File Imej Raster dan Grafik Bitmap




Jenis-jenis Grafik

 Jenis Grafik  terbahagi kepada dua:

  1. Imej Raster atau grafik Bitmap
  2. Imej Vektor atau grafik Metafile.  

1. Imej Raster dan Grafik Bitmap
  •  Imej yang biasa disimpan secara komprehensif di dalam komputer adalah berbentuk imej raster atau bitmap . Ia digunakan sebagai medan pertukaran imej yang dirujuk untuk menghasilkan imej 2 dimensi di dalam paparan komputer.

  •  Bergantung kepada perkakasan dan keupayaan, ia dapat memaparkan daripada 2 kepada lebih jutaan warna. Imej dapat dihasilkan dengan keadaan yang sebenar iaitu gambar asli.

  •  Imej grafik bitmap terbentuk daripada satu kumpulan piksel-piksel.

  •  Setiap piksel mempunyai satu set bit-bit yang menyatakan warna dan keamatannya (intensity)

  •  Fail imej bitmap mempunyai saiz yang besar. Dua faktor yang memberi kesan kepada saiz sesebuah imej ialah :
  1.  Resolusi (Resolution)
  • Bilangan piksel yang terdapat pada imej 
  • Fail imej bitmap sangat bergantung kepada resolusi. Setiap kali fail imej dicipta, resolusi imej perlu dinyatakan.
  • Resolusi imej yang tinggi akan menghasilkan imej yang lebih tajam dan licin, berbanding dengan resolusi imej yang rendah.
  • Semakin tinggi resolusi imej tersebut, semakin besar saiz failnya.

  2. Kedalaman (depth)


Merujuk kepada penyataan warna dan keterangan (brightness) bagi setiap piksel individu. Setiap piksel mengandungi 2 atau lebih warna. Kedalaman warna dapat digambarkan melalui berapa banyak data dalam bits yang menghasilkan warna.

Contohnya:


  • 1 bit  menghasilkan 2 warna. (hitam atau putih)
  • 2 bit  menghasilkan 4 warna
  • 4 bit  menghasilkan 16 warna
  • 8 bit (1 byte) menghasilkan 256 warna
  • 16 bit (2 byte) menghasilkan 65,536 warna
  • 24 bit (3 byte) menghasilkan 16,777,216 warna

Semakin besar kedalaman setiap piksel, akan menghasilkan saiz fail imej bertambah besar.



Terdapat 3 kaedah bagi menghasilkan imej jenis bitmap:

  •  Dihasilkan dari awal dengan menggunakan Program Lukisan berasaskan komputer(Paint Program).
  •  Menggunakan Screen Capture
  •  Scanner, kamera digital atau video capture
  • Perisian pengedit bitmap (bitmap editor) sering dipanggil Aturcara mengecat (paint program). Antara perisian grafik yang popular digunakan bagi mengubah atau meminda imej jenis bitmap ialah Adobe Photoshop, Macromedia X-Res, Corel Draw, Corel Photo-Paint, Fractal Design Painter dan aturcara Paint.
contoh imej Raster



GRAFIK