Sunday 2 December 2012

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN

KELEBIHAN IMEJ BITMAP DAN IMEJ VEKTOR

Kelebihan Menggunakan Imej Bitmap

  • Sesuai digunakan sekiranya tahap imej yang mendalam (detail) serta imej sepeti mana di dalam kehidupan yag sebenar diperlukan.

  •  Bitmap mampu menyimpan sejumlah besar maklumat mengenai imej tersebut dan ini membolehkan ianya diubahsuai dengan tahap pengubahsuaian yang tinggi dan mendalam sehinggalah anda boleh mengubah warna setiap piksel yang ada pada imej tersebut.



Kelebihan Imej Vektor

  • Imej vektor sesuai bagi melakukan pemanipulasian imej yang mana ianya boleh diubah suai saiznya di dalam pelbagai sudut dan arah tanpa mengubah kualiti imej tersebut.

  •  Kelebihan imej vektor adalah kurangnya jumlah data untuk memaparkan imej dan tidak memerlukan ingatan yang banyak untuk disimpan memandangkan data bagi imej tersebut hanya mengandungi beberapa set arahan berdasarkan kepada lukisan yang dikehendaki .

  • Semua arahan komputer ini dokodkan dalam satu set arahan yang kecil. Ini membolehkan sebuah imej yang komplek disimpan sebagai satu fail yang hanya memerlukan beberapa ratus kilobyte sahaja.

  • Walaubagaimanapun , imej bitmap menyediakan jumlah pixel yang sesuai untuk ketinggian , kedalaman dan kesesuaian warna , manakala imej vektor pula ia bergantung kepada arahan lukisan yang sedikit .




Kelemahan Imej Bitmap


  •  Ia bergantung kepada resolusi dan biasa membentuk saiz fail yang besar.

  •  Menukar saiz atau skala sesebuah imej bitmap sebenarnya hanyalah merupakan proses memaparkan piksel imej yang semakin dibesarkan atau dikecilkan.

  • Ini akan mewujudkan masalah dalam menangani kualiti sesebuah imej memandangkan sesebuah perisian grafik perlu menambah atau membuang piksel yang tertentu bagi memenuhi keperluan saiz imej yang dikehendaki.

  • Imej yang terhasil dari proses pengecilan/pembesaran saiz ini biasanya kabur, bergerigi dan tidak menarik. Apbila imej bitmap dibesarkan, piksel imej tersebut akan turut membesar dan seterusnya mengubah maklumat bagi setiap piksel yang ada.





Kelemahan Imej Vektor


  •  Kelemahan imej vektor pula adalah imej yang dipaparkan adalah dalam lingkungan aras yang terhad . Imej vektor yang ringkas tidak dibiarkan bersendirian seperti gambar foto melainkan imej raster disimpan sebagai komponenn objek yang merupakan bahagian daripada imej vektor.



  •  Imej vektor dihasilkan sepenuhnya oleh komputer. Oleh itu, ia kurang realistik dan tidak memenuhi ciri-ciri objek yang sebenar di dalam kehidupan yang sebenar.



  • Semakin kompleks imej vektor yang dilukis semakin besar saiz failnya, ini menyebabkan proses pemaparan imej pada skrin semakin lambat.



0 comments:

Post a Comment