Saturday 1 December 2012

Jenis-jenis Grafik

 Jenis Grafik  terbahagi kepada dua:

  1. Imej Raster atau grafik Bitmap
  2. Imej Vektor atau grafik Metafile.  

1. Imej Raster dan Grafik Bitmap
  •  Imej yang biasa disimpan secara komprehensif di dalam komputer adalah berbentuk imej raster atau bitmap . Ia digunakan sebagai medan pertukaran imej yang dirujuk untuk menghasilkan imej 2 dimensi di dalam paparan komputer.

  •  Bergantung kepada perkakasan dan keupayaan, ia dapat memaparkan daripada 2 kepada lebih jutaan warna. Imej dapat dihasilkan dengan keadaan yang sebenar iaitu gambar asli.

  •  Imej grafik bitmap terbentuk daripada satu kumpulan piksel-piksel.

  •  Setiap piksel mempunyai satu set bit-bit yang menyatakan warna dan keamatannya (intensity)

  •  Fail imej bitmap mempunyai saiz yang besar. Dua faktor yang memberi kesan kepada saiz sesebuah imej ialah :
  1.  Resolusi (Resolution)
  • Bilangan piksel yang terdapat pada imej 
  • Fail imej bitmap sangat bergantung kepada resolusi. Setiap kali fail imej dicipta, resolusi imej perlu dinyatakan.
  • Resolusi imej yang tinggi akan menghasilkan imej yang lebih tajam dan licin, berbanding dengan resolusi imej yang rendah.
  • Semakin tinggi resolusi imej tersebut, semakin besar saiz failnya.

  2. Kedalaman (depth)


Merujuk kepada penyataan warna dan keterangan (brightness) bagi setiap piksel individu. Setiap piksel mengandungi 2 atau lebih warna. Kedalaman warna dapat digambarkan melalui berapa banyak data dalam bits yang menghasilkan warna.

Contohnya:


  • 1 bit  menghasilkan 2 warna. (hitam atau putih)
  • 2 bit  menghasilkan 4 warna
  • 4 bit  menghasilkan 16 warna
  • 8 bit (1 byte) menghasilkan 256 warna
  • 16 bit (2 byte) menghasilkan 65,536 warna
  • 24 bit (3 byte) menghasilkan 16,777,216 warna

Semakin besar kedalaman setiap piksel, akan menghasilkan saiz fail imej bertambah besar.



Terdapat 3 kaedah bagi menghasilkan imej jenis bitmap:

  •  Dihasilkan dari awal dengan menggunakan Program Lukisan berasaskan komputer(Paint Program).
  •  Menggunakan Screen Capture
  •  Scanner, kamera digital atau video capture
  • Perisian pengedit bitmap (bitmap editor) sering dipanggil Aturcara mengecat (paint program). Antara perisian grafik yang popular digunakan bagi mengubah atau meminda imej jenis bitmap ialah Adobe Photoshop, Macromedia X-Res, Corel Draw, Corel Photo-Paint, Fractal Design Painter dan aturcara Paint.
contoh imej Raster



0 comments:

Post a Comment