Sunday, 2 December 2012

PERANAN WARNA DAN TEKSTUR


4 Fungsi Warna:


  1. Membuat penegasan dan mewujudkantumpuan.
  2. Memudahkan sesuatu item dilihat.
  3. Mewujudkan perasaan harmoni.
  4. Melahirkan kesan tertentu

















Warna sebagai tanda/makna/lambang/ simbol  menjurus pada makna dan konsep warna  tersebut. Dalam warna dan budaya masyarakat  Melayu banyak tanda-tanda warna antara  kuning langsat, kelabu tahi anjing dan  sebagainya. warna juga dikaitkan dengan  makna atau simbol tertentu misalnya:


  • warna merah: marah, ghairah, darah, berani, 


                              cinta yang membara




  • warna Putih: suci, tidak berdosa, setia, alim





  • warna Kuning: kecewa, pengecut, sakit hati, 


                               duka, mistri




  • warna Biru: keceahan, perpaduan,   

                          keagungan,    keriangan





  • warna Hijau: kesuburan, kedamaian, 


                            kerukunan, cemburu, sejuk




  • warna Hitam: Kematian, kecewa, kegelapan 


                             dan lain-lain





  
WARNA


Beberapa istilah yang perlu diketahui dalam 

teori warna diantaranya;


Warna Primer : yakni warna dasar atau warna pokok yang tidak dapat diperoleh dari campuran  warna lain. Warna primer terdiri dari merah, kuning, dan biru.

Warna Sekunder:  yaitu warna yang diperoleh dari campuran kedua warna primer, misalnya warna ungu, oranye (jingga) , dan hijau,

Warna Tersier: yakni warna yang merupakan hasil percampuran kedua warna sekunder. 

Warna analogus : yaitu deretan warna yang letaknya berdampingan dalam lingkaran warna, misalnya deretan dari warna ungu menuju warna merah, deretan warna hijau menuju warna kuning, dan lain-lain,

Warna komplementer:  yakni warna kontras yang letaknya berseberangan dalam lingkaran warna, misalnya, kuning dengan ungu, merah dengan hijau, dan lain-lain.






TEKSTUR


  • Tekstur adalah unsur senirupa yang  memberikan watak/karakter pada   permukaan bidang yang dapat dilihat dan   diraba.  Tekstur yang dapat dilihat atau diraba pada  permukaan bidang dibedakan antara tekstur  alamiah dan tekstur buatan. Tekstur alamiah ialah watak bidang yang tercipta oleh alam, seperti urat kayu atau batu.





  • Tekstur buatan atau tiruan ialah watak  bidang yang dibuat (disebut juga tekstur  simulasi), membuat watak kayu pada bidang  memberi kesan tekstur dengan cara tehnik  gambar tertentu.




Fungsi tekstur :  untuk memberikan watak tertentu pada bidang permukaan yang dapat menimbulkan nilai estetik. Misalnya tekstur dari urat-urat kayu ditonjolkan pada permukaan bidang patung sesuai dengan bentuk patung.


ELEMEN TEKSTUR




ELEMEN RUANG




ELEMEN WARNA








ELEMEN BENTUK


CONTOH BENTUK


ELEMEN RUPA













ELEMEN GARISAN



CONTOH



ELEMEN REKAAN




KELEBIHAN DAN KELEMAHAN

KELEBIHAN IMEJ BITMAP DAN IMEJ VEKTOR

Kelebihan Menggunakan Imej Bitmap

  • Sesuai digunakan sekiranya tahap imej yang mendalam (detail) serta imej sepeti mana di dalam kehidupan yag sebenar diperlukan.

  •  Bitmap mampu menyimpan sejumlah besar maklumat mengenai imej tersebut dan ini membolehkan ianya diubahsuai dengan tahap pengubahsuaian yang tinggi dan mendalam sehinggalah anda boleh mengubah warna setiap piksel yang ada pada imej tersebut.



Kelebihan Imej Vektor

  • Imej vektor sesuai bagi melakukan pemanipulasian imej yang mana ianya boleh diubah suai saiznya di dalam pelbagai sudut dan arah tanpa mengubah kualiti imej tersebut.

  •  Kelebihan imej vektor adalah kurangnya jumlah data untuk memaparkan imej dan tidak memerlukan ingatan yang banyak untuk disimpan memandangkan data bagi imej tersebut hanya mengandungi beberapa set arahan berdasarkan kepada lukisan yang dikehendaki .

  • Semua arahan komputer ini dokodkan dalam satu set arahan yang kecil. Ini membolehkan sebuah imej yang komplek disimpan sebagai satu fail yang hanya memerlukan beberapa ratus kilobyte sahaja.

  • Walaubagaimanapun , imej bitmap menyediakan jumlah pixel yang sesuai untuk ketinggian , kedalaman dan kesesuaian warna , manakala imej vektor pula ia bergantung kepada arahan lukisan yang sedikit .




Kelemahan Imej Bitmap


  •  Ia bergantung kepada resolusi dan biasa membentuk saiz fail yang besar.

  •  Menukar saiz atau skala sesebuah imej bitmap sebenarnya hanyalah merupakan proses memaparkan piksel imej yang semakin dibesarkan atau dikecilkan.

  • Ini akan mewujudkan masalah dalam menangani kualiti sesebuah imej memandangkan sesebuah perisian grafik perlu menambah atau membuang piksel yang tertentu bagi memenuhi keperluan saiz imej yang dikehendaki.

  • Imej yang terhasil dari proses pengecilan/pembesaran saiz ini biasanya kabur, bergerigi dan tidak menarik. Apbila imej bitmap dibesarkan, piksel imej tersebut akan turut membesar dan seterusnya mengubah maklumat bagi setiap piksel yang ada.





Kelemahan Imej Vektor


  •  Kelemahan imej vektor pula adalah imej yang dipaparkan adalah dalam lingkungan aras yang terhad . Imej vektor yang ringkas tidak dibiarkan bersendirian seperti gambar foto melainkan imej raster disimpan sebagai komponenn objek yang merupakan bahagian daripada imej vektor.



  •  Imej vektor dihasilkan sepenuhnya oleh komputer. Oleh itu, ia kurang realistik dan tidak memenuhi ciri-ciri objek yang sebenar di dalam kehidupan yang sebenar.



  • Semakin kompleks imej vektor yang dilukis semakin besar saiz failnya, ini menyebabkan proses pemaparan imej pada skrin semakin lambat.