1. Grafik rekabentuk (graphics design)
2.Grafik ilustrasi (graphics
ilustration)
3.Grafik pengiklanan.(graphics advertising)
A) Grafik
rekabentuk
- Grafik rekabentuk ialah proses kreativiti yang menggunakan lukisan dan teknologi untuk menyampaikan idea-idea.
- Tujuannya adalah untuk menyampaikan mesej, dan kini merupakan satucabaran kepada perekabentuk grafik kerana mereka perlu memindahkan hasil kerja ke dalam rekabentuk komunikasi maya untuk menyampaikan mesej dan sekaligus untuk meyakinkan pengguna.
- Perekabentuk grafik yang mahir adalah mereka yang menggabungkan penilaian astetik, pengeluaran teknologi dan kemahiran pengurusan projek untuk membangunkan
strategi komunikasi yang berkesan.
B) Grafik ilustrasi
- Grafik ilustrasi ialah teknik penghasilan grafik bagi menghasilkan rupa paras objek atau lukisan berbantukan teknologi komputer sepertimenggunakan Adobe Photoshop, Paint Shop, Freehand atau Illustrator.
- Ilustrasi yang berkesan adalah dapat mencapai tujuan pengiklanandengan lebih efektif dalam masa yang singkat.
- Ilustrasi yang efektif juga dapat menjelaskan gambaran isi kandunganyang panjang justeru dapat menjimatkan masa dan tenaga
C) Grafik pengiklanan
- Pengiklanan meliputi segala bentuk mesej mengenai barangan dan perkhidmatan yang lahir daripada punca-punca yang berlainan.
- Kebanyakan pengiklanan disalurkan melalui saluran media seperti,televisyen, laman web, poster, majalah, papan bulletin dan pelbagaimedia lagi.
- Pengiklanan merupakan seni yang kompleks kerana melibatkan bidangsains dan teknologi, ilmu perniagaan, pengetahuan sosial dan budayadan kemahiran dalam bidang seni reka.
- Grafik pengiklanan adalah kombinasi teks, warna, audio, video, sudut,garisan dan tekstur.
- Tujuan pengiklanan adalah untuk mencari peminat sesuatu produk atau perkhidmatan.
- Untuk menarik minat seseorang itu, iklan perlu bersifat cantik supaya iamempunyai daya tarikan.
- Selain daripada itu, sifat iklan untuk menyampaikan maklumat tidak boleh diketepikan
- Grafik pengiklanan adalah teknik-teknik dan proses untuk mewujudkannilai-nilai kecantikan yang memberi daya tarikan sesuatu produk.
- Penggabungan grafik, animasi dan produk memerlukan suatu dayakretaiviti untuk membolehkan mesej disampaikan dengan mudahkepada kumpulan sasaran.
0 comments:
Post a Comment